16 September 2009

Galata Bridge / Galata Tower

Galata Bridge menghubungkan Asian & European side. Built in 1992. Kami naik tram dr Sultanahmet ke Eminonu (southern end of the bridge). Niat nak gi Egyptian Market, tengok Galata Tower (tengok je dari jauh dah cukup) dan Yeni Camii (masjid baru yang sebelah Egyptian Market). Sesak dengan manusia, terlepas stesen. Rezeki, kami terlajak ke seberang Galata Bridge dan berenti kat next stop di Karakoy (northern end of the bridge).

Ramainya manusia memancing. Sapa-sapa kaki pancing mesti suka. Berapa ekor ikan yang boleh dapat tak tau la..punya ramai kiri kanan sarat dengan mat-mat pancing. Memancing kat atas. Diners eat fish below. Ambik gambar ni dari belah Asia, sebelum seberang bridge, selepas turun tram. Nampak masjid kat belakang tu? Tu lah Yeni Mosque.

ni dia Galata Tower ambik dari depan Egyptian Market lepas kami dah menapak sakan menyeberang jambatan tu. Masa tu dekat nak Maghrib dah. Hari tu hari Ahad. Market tutup. Tak kisah pun sebab memang saja nak bawak anak-anak rasa bersesak-sesak naik tram dengan orang Turki ;-).
Galata Bridge & Galata Tower dari belah sini. Sapa-sapa nak gi Galata Tower boleh jalan je dari Karakoy station tu. Entry fee : ada website kata YTL8, ada kata YTL10. Kat dalam ada restaurant , souvenir shop (biasa la..mesti jual fridge magnet punya).

15 September 2009

Sultanahmet Square

Tergeliat lidah anak-anak nak sebut nama benda-benda ni. Lidah ibu ni lagi la

Serpentine Column @ Yilanli Sutun

Pagar German Fountain. Tak de padlock pun.

German Fountain.

Column of Constantine Porphyrogenitus @ Ormedikilitas

Obelisk of Theodosius @ Dikilitas

Tapak Obelisk of Theodosius

Mini Bazaar seberang column OoT
Tap kat German fountain (tang mana german pun tak tau..)

The Tomb of Sultan Ahmet I

Keluar masjid, jangan terus balik. Gi tepi, belakang masjid. Orang kadang-kadang tak perasan pun Maqam Sultan Ahmet I ni. Nama je dia punya maqam, tapi ada 36 maqam lain kat dalam tu. Isteri-isteri. Anak-anak. Cucu-cucu. Kecik, besar semua ada. Al-Fatihah.




The Tomb of Sultan Ahmet I, (II)







Jiwo III

Wahai Anak..



Old_hands merasa diri hebat

setiap kali hajat terhalang

tidakkah kau ingat itu takdir Tuhan?

lekas jarimu menuding ke sana..

Maka

jadilah mereka berdua:

yang tidak sempurna

tetapi ikhlas berusaha

memenuhi kehendak kita..

buah hati cinta mereka

sebagai mangsa.

Mangsa kedunguan zuriat yang terpelajar

dengan angkuh

menghina, melekeh, berulang menyelar

ringan mulut, akal hilang wajar.

Sungguh keji

anak hanya mengikut hati..

tidak lihatkah mata mereka yang semakin kabur dan berkedut disana sini?

hancur..lebur

hiba

dan penuh airmata duka.

Walau buruk, busuk dan jelik

rugikah sebagai anak, kita berbuat baik?

tanpa mereka, kita dimana?

tanpa mereka, kita siapa?

Anak yang bodoh sombong,

dalam hidup yang sebegini singkat,

apakah lagi yang engkau hajat?

kalau bukan hidup yang penuh berkat

kesan daripada diri yang mendalam rasa hormat

kepada mereka berdua yang sebenarnya..

..hebat.

Sesungguhnya

bukan mudah mengasuh zuriat,

setiap satu berlainan sifat

bercanggahan tabiat.

Maka

tidak hairanlah

kalau mereka juga ada tersalah.

Sebelum lelap malam nanti

dengan penuh rendah hati

mohonlah

hidup mati mereka diberkati

dan kita akan bertemu mereka lagi

ditempat yang penuh mulia..

syurga firdausi.

seghuhseghah, Sept 07.

Jiwo II

Ibu memarahi bukan kerana benci..

Ibu menegur bukan kerana dengki..

Ibu mengingatkan kerana ibu pasti..

anak-anak yang ibu kasihi ;

yang dikandung dengan penuh perhati

yang dirawat dengan penuh teliti

yang ditatang dengan penuh cinta dihati

masih terlalu hijau.


Tanpa ibu membingit,

tak akan mampu kau merempuh ranjau..

tak akan kuat kau meredah bakau..

Laluan sutera yang kau harap

perlukan bekalan yang sarat ..kerana

kita bukan sekadar menjelajah dunia yang

kadang-kadang manis

kadang-kadang kelat,

tetapi juga menyusur jalan yang abadi

di akhirat.

seghuhseghah, Sept07

Aya Sofya @ Hagia Sophia IV

Jangan tak perati apa ada kat dinding. Ni antara yang ambo sempat zoomed.






14 September 2009

Ghayo tok lamo doh

Semalae lepah bbuko poso, anok-anok tanyo, ghayo ni kito nok makae ggapo, ibu? ibu pung temenung slalu. anok hok sulung bbobae, kalu ado ghoti jalo & gula ayae, sedak tlenggok la. abe mato ija jeling, nasik dagae lagu mano (huh! takdok llo..nasik dagae jah dio gak!). hok kecik nyelik, satay? tibo2 hok tengoh maghi dok ddepek kat ttiok. ibu, butir nako tok leh wak ko?

butir nako. pagi ghayo.

Aya Sofya @ Hagia Sophia III

Gambar dari kamera anak. Clearer.


Publish Post








major renovation..scaffolding up to the ceiling.

Aya Sofya @ Hagia Sophia II

Masa pegi, ada renovation work going on. Lampu tak terang sangat. Camera cikai. Hasilnya takat ni je lah.











13 September 2009

Grand Bazaar @ Kapali Carsi

Besar. Lagi besar dari Egyptian Bazaar. Nama pun Grand! First time dibukak for bisnes, tahun 1461. Ada 4 pintu utama. Kami masuk kot Nurosmaniye Mosque. Jalan lain kami tak sempat siasat.

Macam bazaar satu lagi, tak yah gi hari Ahad. Kami jalan je dari Sultanahmet. Kalau kaki dah tak larat, naik tram (Zeytinburnu). Berenti kat Carsikapi.

Lupa! kalau gi masa tak panas sangat, beg sling kat dalam, pastu baru pakai jacket/coat/cardigan. Bag slasher aktif sikit kat sini.





Yang ni, turkish panggil Nazar Boncugu. Something to do with evil eye. Setiap ceruk ada jual.
Turkish tea. sebelah tu Apple tea. Refreshing.
Tak kuasa nak beli bawak balik. tapi cantik.
ni pun cantik. tapi kalau beli, mau berkuap kalu pakai kat M'sia..