Showing posts with label Jiwo. Show all posts
Showing posts with label Jiwo. Show all posts

15 September 2009

Jiwo III

Wahai Anak..



Old_hands merasa diri hebat

setiap kali hajat terhalang

tidakkah kau ingat itu takdir Tuhan?

lekas jarimu menuding ke sana..

Maka

jadilah mereka berdua:

yang tidak sempurna

tetapi ikhlas berusaha

memenuhi kehendak kita..

buah hati cinta mereka

sebagai mangsa.

Mangsa kedunguan zuriat yang terpelajar

dengan angkuh

menghina, melekeh, berulang menyelar

ringan mulut, akal hilang wajar.

Sungguh keji

anak hanya mengikut hati..

tidak lihatkah mata mereka yang semakin kabur dan berkedut disana sini?

hancur..lebur

hiba

dan penuh airmata duka.

Walau buruk, busuk dan jelik

rugikah sebagai anak, kita berbuat baik?

tanpa mereka, kita dimana?

tanpa mereka, kita siapa?

Anak yang bodoh sombong,

dalam hidup yang sebegini singkat,

apakah lagi yang engkau hajat?

kalau bukan hidup yang penuh berkat

kesan daripada diri yang mendalam rasa hormat

kepada mereka berdua yang sebenarnya..

..hebat.

Sesungguhnya

bukan mudah mengasuh zuriat,

setiap satu berlainan sifat

bercanggahan tabiat.

Maka

tidak hairanlah

kalau mereka juga ada tersalah.

Sebelum lelap malam nanti

dengan penuh rendah hati

mohonlah

hidup mati mereka diberkati

dan kita akan bertemu mereka lagi

ditempat yang penuh mulia..

syurga firdausi.

seghuhseghah, Sept 07.

Jiwo II

Ibu memarahi bukan kerana benci..

Ibu menegur bukan kerana dengki..

Ibu mengingatkan kerana ibu pasti..

anak-anak yang ibu kasihi ;

yang dikandung dengan penuh perhati

yang dirawat dengan penuh teliti

yang ditatang dengan penuh cinta dihati

masih terlalu hijau.


Tanpa ibu membingit,

tak akan mampu kau merempuh ranjau..

tak akan kuat kau meredah bakau..

Laluan sutera yang kau harap

perlukan bekalan yang sarat ..kerana

kita bukan sekadar menjelajah dunia yang

kadang-kadang manis

kadang-kadang kelat,

tetapi juga menyusur jalan yang abadi

di akhirat.

seghuhseghah, Sept07