31 May 2012

The Three Sisters, Blue Mountains

Berhujung minggu di Blue Mountains memang seronok. Ada macam-macam. Dari rumah, drive dalam 1 jam setengah dah sampai ke Katoomba. Tapi Blue Mountains ni bukan ada Katoomba je. Ada banyak tempat-tempat lain yang cantik macam Leura, Wentworth Falls, Mount Tomah dan Jenolan Caves. Kalau gi naik train pun boleh jugak cuma lama lah sikit. Pastu ada set time nak balik semula ke Sydney. Benda nak tengok banyak. So, baik la gi dengan kereta.   

Gi Katoomba, dapat la gi tengok The Three Sisters ni. Biasalah, lagendanya dari anak dara 3 beradik, Meehni, Wimlah dan Gunnedoo tup-tup dorang kena sumpah jadi batu! 


Kalau tak hujan, tak dapat la tengok 3 beradik tu menyorok dibalik awan. 


Makin cerah..


Cantikkan?


Ada bran??



Echo Point. Saujana mata memandang. Bawah Jamison Valley.


Sapa nak tengok view lain dari biasa, datang lah belah malam. Sampai jam 11 malam, lampu dinyalakan kat situ jadi dapat la tengok view yg cantik berbackgroundkan hutan awan gelap. Takat ni saya tak tengok pun lagi pasal gi siang-siang hari je. Kot-kot la ada yg gi bermalam kat Blue Mountains ni, jangan lupa tengok The Three Sisters, versi siang dan versi malam.

Shanghai

Ke Shanghai tak lama. 6 hari saja. Macam kota metropolitan lain, sesak. Udara juga menyesakkan dada. Nasib saya tak ada lelah. Walaupun saya hanya tahu 'ni hau ma', syukur ke mana-mana tak pernah sesat. Pada saya, nak makan pun tak lah susah mana. Mungkin tiap kali saya bermusafir saya tidaklah mendambakan nasi atau daging-dagingan. Apa yang ada, asal halal, bismillah masuk mulut. 


Sampai The Bund belum gelap. Sempat melihat Pudong dari seberang.


  The Bund cantik diwaktu malam. Ramai orang-orang muda berpakwe makwe kat sini.


Berjalan-jalan merata-rata dan tak peduli sampai ke mana. Yang penting business card hotel yg ada alamat ada dok diam-diam dgn selamat dalam beg saya. Jalan punya jalan, saya sampai ke Old Shanghai Town. Rezeki menjamu mata. 


Jalan lagi dan rupanya tak jauh dari Old Shanghai town ada masjid. Masjid lama. Zohor sudah masuk. Sempat jamak qasarkan solat disini. Alhamdulillah. Jemaah juga agak ramai.


Yang lain dgn KL hanyalah penunggang basikal yg berlambak-lambak berebut menunggu traffic light jadi hijau. Topi keledar tak ada pun kat kepala. Santai.



Saya berjalan lagi tanpa hala tujuan. Rupanya tak jauh dari hotel, ditengah-tengah bandaraya, ada taman yang besar. Kalau saya pergi pagi-pagi, mungkin dapat melihat mereka bertaichi. Mungkin saya pun boleh join sekaki. Itu pemandangan jam 2 petang. Itu bukan kabus. Itu asap dan habuk.


30 May 2012

Homer Tunnel (Te Anau to Milford Sound)

Menghala ke Milford Sound, kena lalu terowong ni. Kadang2 bila winter, jalan sgt licin dan merbahaya, terowong ni ditutup. Kena lah naik heli kalau nak jugak tengok betapa cantiknya Milford Sound. Mahal. Tapi saya yakin, berbaloi. Masa saya pergi, dah lepas winter. Snow ada belen-belen.


Ya. Homer Tunnel. Bukan sempena nama  Enche' Homer Simpson.

The eastern entrance of Homer Tunnel.


Sungguh berdebar bila dah makin dekat..macam gelap benar.


Gelap. Licin. Jalan menurun. Bahaya.


Dah nak sampai hujung..Fuh..



Sampai hujung tunnel. Aduh..berpinar bijik mata aiiii!!


Hidangan mata diseberang terowong.









Kiama

Kiama tak jauh dari Sydney. Dalam 1 jam 1/2 je naik kereta. Cantik tempatnya. Sini ada Kiama Blowhole. Seperti biasa ada orang putih yang mengaku dia jumpa blowhole ni. Tapi local aboriginals dah sekian lama tau, siap ada nama sendiri dorang panggil blowhole ni; Khanterintee.
                                                                                                                                                                                                          



 Tenang.




 Datang dah..


 Standby..



Cabuuuutttt!


Tengok la betapa keciknya manusia-manusia kat situ.


The famous Kiama Lighthouse. Tak jauh dari blowhole.



Cantikkan?


Alang-alang dah ke Kiama, sempat kami pegi ke Illawarra Fly Tree Top Walk
(http://www.illawarrafly.com/ ).                                            


                                             Bombo Headland, Bombo Beach


                                                    Bedebush..bedebush ombak pukul batu.
                                 
Kalau hujung minggu, ada Kiama Market dengan view tepi laut yg sangat cantik. Kena pulak cuaca yg sangat cantik. Oh lupa, Kiama ada post office lama. Warna pink.